98.2 peratus kes positif Covid-19 kategori satu dan dua - Utusan Malaysia

98.2 peratus kes positif Covid-19 kategori satu dan dua

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 1.8 peratus bersamaan 58 kes daripada 3,251 kes positif harian Covid-19, hari ini yang melibatkan kategori tiga, empat dan lima. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bakinya, 3,193 kes iaitu 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

Katanya, kes positif hari ini menunjukkan penurunan berbanding semalam, 3,381 kes sekali gus mengatasi kes sembuh yang mencatatkan 3,161 kes. 

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatatkan penurunan apabila merekodkan 243 kes berbanding semalam, 254 kes. 

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan iaitu 113 kes berbanding semalam, 114 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, dua kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik Covid-19 melanda negara iaitu 6,158 kluster. 

“Sebanyak 176 kluster aktif direkodkan yang terus menunjukkan penurunan berbanding semalam, 182 kluster. 

“Jumlah kluster tamat sebanyak 5,982 kluster berbanding semalam, 5,974 kluster,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menunjukkan peningkatan sedikit apabila mencatatkan sebanyak 16 kes, berbanding semalam, 19 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,644 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak dua daripada 16 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,384 kes.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.