fbpx

27 Januari 2022, 9:53 pm

57 peluncur udara bermotor sertai kejohanan di Perlis

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (dua dari kiri) berkenan menyempurnakan pelepasan aktiviti peluncur udara bermotor atau paramotor di tapak projek pembangunan Kangar Jaya Seriab, Kangar, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Seramai 57 peluncur udara bermotor atau paramotor dari seluruh Malaysia menyertai program ‘Perlis Permai Lagi Mempersona Tour 2022’ selama tiga hari sehingga esok di tapak projek pembangunan Kangar Jaya Seriab, di sini.

Menariknya, Perlis menjadi tuan rumah bagi aktiviti paramotor yang julung kalinya diadakan di negara ini.

Program tersebut dianjurkan Kelab Paramotor Flyhigh Perlis dengan majlis pelepasan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut Presiden Kelab Paramotor Fly High Perlis, Datuk Abdul Azib Saad.

Mengiringi baginda, Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd Yusof dan Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad.

Sebagai rekod, program berkenaan adalah pembuka jendela bagi aktiviti pelancongan 2022 di negeri ini. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI