5 lagi ditahan susulan pergaduhan membabitkan penarik kereta - Utusan Malaysia

5 lagi ditahan susulan pergaduhan membabitkan penarik kereta

SERAMAI lima lagi penarik kereta ditahan polis bagi membantu siasatan susulan pergaduhan dipercayai akibat salah faham berhubung urusan menarik kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai lima lagi penarik kereta ditahan polis bagi membantu siasatan susulan pergaduhan dipercayai akibat salah faham berhubung urusan menarik kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini Rabu lalu.

Penahanan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan berhubung insiden itu sehingga kini seramai 10 orang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dua daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Seramai lapan lagi masih direman selama lima hari sehingga 31 Januari ini, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Suspek yang masih ditahan reman berada di Lokap Berpusat Bayan Baru untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seramai lima lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun ditahan polis susulan insiden pergaduhan berkenaan.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini kira-kira pukul 2 petang kelmarin melibatkan 20 individu yang videonya turut tular dalam media sosial.

Menurut Soffian, enam daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

”Bagaimanapun hasil ujian saringan awal air kencing polis didapati kesemuanya negatif dadah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya