41 penagih dadah ditangkap dalam operasi di Tampin - Utusan Malaysia

41 penagih dadah ditangkap dalam operasi di Tampin

SEBAHAGIAN penagih dadah yang ditangkap dalam Op Tapis dan Sarang yang dijalankan selama dua hari di sekitar Tampin bermula kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seramai 41 orang penagih termasuk seorang wanita ditangkap polis dalam Op Tapis dan Sarang yang dijalankan selama dua hari bermula kelmarin di beberapa lokasi termasuk di tanah rancangan Felda di daerah ini.

Turut dirampas dalam operasi tersebut, dadah heroin seberat 99 gram dan 17 gram dadah syabu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM6,400.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, operasi di Felda Bukit Jalor telah membawa kepada penahanan sembilan penagih dadah dan merampas empat gram dadah jenis heroin dan empat gram syabu yang digunakan penagih.

“Serbuan yang dijalankan di port dadah di kawasan Felda Sungai Kelamah pula telah berjaya menahan seramai 13 orang penagih bersama tokan (pengedar) yang terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

“Dadah yang dirampas adalah dadah jenis heroin seberat 60 gram serta dadah jenis syabu seberat tujuh gram dengan nilai rampasan dadah berjumlah RM3,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, serbuan seterusnya telah dijalankan di kawasan Felda Jelai 4 dan telah berjaya menahan seramai 19 orang penagih bersama tokan berusia dalam lingkungan 27 hingga 65 tahun.

Menurutnya, dadah yang dirampas adalah dadah jenis heroin seberat 35 gram dan dadah jenis Syabu seberat enam gram dengan nilai rampasan dadah berjumlah RM2,300.

“Kesemua saspek direman antara empat hingga tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya