fbpx

3,074 kes baharu Covid-19

PETALING JAYA: Sebanyak 3,074 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan hari ini, berbanding 3,346 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, ia meliputi jumlah kumulatif sebanyak 2,805,337 kes.

Berdasarkan data laman CovidNow setakat 13 Januari 11.59 malam, 79.7 peratus kadar vaksinasi dicatatkan bagi sekurang-kurangnya satu suntikan dos.

Selain itu, sebanyak 40, 276 kes aktif dicatatkan, dengan kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) mencapai 55.4 peratus manakala kapasiti hospital berada pada tahap 65.8 peratus. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!