26 pempengaruh, selebriti terima anugerah Ibuencer - Utusan Malaysia

26 pempengaruh, selebriti terima anugerah Ibuencer

SERAMAI 26 influencer dan selebriti menerima anugerah Ibunecer.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebagai penghormatan kepada beberapa  pempengaruh media sosial atau influencer dalam aktiviti berkonsepkan keibubapaan menerusi media sosial, sebuah platform terkemuka di Asia Tenggara, Ibuencer baru-baru ini mengadakan majlis bagi menyampaikan anugerah kepada pemenang.

Anugerah berkenaan adalah platform dalam mendidik anak-anak dengan melibatkan beberapa syarikat tempatan seperti Nutox, Scott’s Emulsion, Drypers, Clearblue, Naturel, AIA, Nestle dan Marigold.

Menurut Pengurus Pemasaran Nuren Group, Farhana Mohamad Nasir, selain memberi pendidikan kepada orang awam tentang pendidikan ibu bapa dan keluarga, Ibuencer juga satu-satunya platform yang menghargai pempengaruh dan selebiriti yang boleh menjadi ikon untuk dicontohi berhubung  keibubapaan.

“Kami berbesar hati untuk mempersembahkan dan mengiktiraf pemenang tahun ini dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jenama yang mengambil bahagian, pempengaruh dan selebriti atas sumbangan, dedikasi dan sokongan yang berterusan.

“Kami bangga namun rendah hati untuk menyediakan platform (Ibuencer) untuk pempengaruh bukan sahaja melibatkan diri dengan penonton mereka melalui kempen media sosial tetapi untuk memberi mereka pengiktirafan yang sewajarnya melalui Ibuencer Awards,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Farhana, penerima-penerima anugerah kali ini terdiri daripada pempengaruh hingga selebriti atas pencapaian mereka yang cemerlang, impak positif perkongsian mereka di media sosial dan dedikasi terhadap komuniti.

Dalam anugerah yang diadakan pada 30 Disember tahun lalu, seramai 26 pempengaruh dan para selebriti termasuk Dynas Mokhtar, Shah Iskandar, Fezrul Khan, Dr Nicole Fu, Fazleena Hishamuddin, dan Wanakamal dipilih untuk memenangi anugerah tersebut.

“Anugerah Ibuencer ketiga kali ini disampaikan oleh Ibuencer iaitu sebuah Top Parenting Influencers Platform yang popular di Asia Tenggara, yang meraikan para pemenang dengan memberi penghormatan sebagai Malaysia’s Most Influential Parents.

“Semua penerima anugerah telah dipilih sebagai pemenang tahun ini sebagai pengiktirafan atas disiplin yang tinggi, prestasi yang terbaik dan pencapaian cemerlang yang dapat dilihat melalui impak mereka di media sosial,” ujarnya lagi.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Ibuencer Awards Ke-3:

(26 Ibu Bapa Paling Berpengaruh di Malaysia)

Celebrity Dad ofT The year  : Hisyam Hamid

Celebrity Mom of the Year: Sazzy Falak

Most Charitable Mom of the Year: Dynas Mokhtar

Most Lovable Dad of the Year: Shah Iskandar

Triple Threat Celebrity Dad: Fezrul Khan

Hot Daddy of the Year: Keith Foo

Influencer Dad of the Year: Dr. Izzar Anwari

 

The Top Performing Influencers:

Alyasha
Alyaa Ramli
Ashikin Hassan
Christina Ling
Diana Nuzuin
Dr. Fatin Liyana
Dr. Nicole Fu
Emy Melissa (Food Influencer Category)
Farah Waheda
Fazleena Hishamuddin
Grace Cheong
Hana Halim
Joanna Ramdzan
Nur Syahirah
Putri Erika
Shubasini
Saidatul Amin
Wan Husna
Wana Kamal (Food Influencer Category)

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN