fbpx

19 daripada 23 PPS di Melaka ditutup

SUASANA lengang di PPS yang menempatkan mangsa banjir di SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah. - FOTO/RASUL AZLI SAMAD

MELAKA: Setakat pukul 12 tengah hari semalam, jumlah mangsa banjir di Melaka terus turun kepada 406 orang berbanding angka yang dicatatkan kelmarin iaitu seramai 451 orang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, trend berkenaan terus menunjukkan pemulihan yang positif apabila secara keseluruhan sebanyak 19 daripada 23 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup di tiga daerah di negeri ini.

Katanya, hanya empat PPS masih beroperasi yang menempatkan empat mangsa di Alor Gajah dan baki 402 mangsa terdiri daripada 109 keluarga di Jasin.

“Untuk daerah Alor Gajah hanya ada satu PPS masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam yang menempatkan sebuah keluarga di situ.

“Mangsa paling ramai adalah di Jasin. Kesemua mereka ditempatkan di SK Parit Penghulu, SK Seri Mendapat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, antara kawasan yang masih digenangi bah adalah Kampung (Kg.) Belimbing Dalam, Kg. Parit Penghulu Benteng, Kg. Lanchang, Kg. Tersusun Rambai Jaya dan Kg. Parit Putat Benteng. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!