14 kawasan di LMS, Kerian alami gangguan bekalan air  - Utusan Malaysia

14 kawasan di LMS, Kerian alami gangguan bekalan air 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Sebanyak 14 kawasan di Daerah Larut Matang Selama (LMS) dan satu kawasan di Kerian  mengalami gangguan bekalan air paip bermula Isnin dan Rabu ini.

Menurut kenyataan Lembaga Air Perak (LAP) Wilayah Barat, Taiping dan Selama, gangguan bekalan air itu disebabkan kerja-kerja pengalihan paip di Taiping dan pemasangan injap pengurang tekanan (PRV) di Selama.

Kata kenyataan itu, antara kawasan yang akan mengalami gangguan mulai Isnin ini dari pukul 10 pagi hingga 6 petang ialah di Kampung Changkat Lobak (Daerah Kerian), Sungai Malau, Kampung Tebing Tinggi, sepanjang Jalan Kubu Gajah ke Changkat Lobak dan kawasan sekitar serta seluruh Taman Kamunting Permai serta kawasan sekitar.

“Pada Rabu bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, bekalan air akan terganggu di kawasan keseluruhan Batu 14 Batu Kurau, Ulu Sepetang, Pondok Tanjung, Taman Kota Wira, Changkat Larah, Taman Kamunting Mutiara, Taman Lela, Taman Rakyat, Taman Juta, Kampung Sungai Relong dan kawasan sekitarnya,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya