KUALA TERENGGANU: Seramai 125,545 pelajar menengah dan rendah di negeri ini memulakan sesi persekolahan penggal 3 secara bersemuka hari ini.
Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, kesemua mereka mengikuti pembelajaran tanpa penggiliran termasuk 65,534 murid tahun satu hingga tiga di samping 34,201 pula adalah pelajar tingkatan empat dan lima.
Katanya, baki 4,729 lagi merupakan calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
“Sementara itu, mereka yang mengikuti pembelajaran penggiliran adalah seramai 121,542 orang iaitu 56,745 pelajar tingkatan satu hingga tiga diikuti 64,797 murid tahun tiga hingga lima,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang di Marang mendapati rata-rata murid ceria kembali ke sekolah selepas bercuti selama sebulan.