Wawa Zainal, Aeril Zafril timang cahaya mata keempat - Utusan Malaysia

Wawa Zainal, Aeril Zafril timang cahaya mata keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal dan Aeril Zafril selamat menimang cahaya mata keempat beberapa hari lalu.

Khabar gembira itu dikongsikan Wawa menerusi Instagramnya baru-baru ini.

“Alhamdulillah, selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2 pagi menahan sakit.

“Tak sampai hati nak kejut Aeril. Tunggu la sampai 5 pagi. Sampai-sampai hospital sudah 9 sentimeter (cm),” tulisnya.

Wawa dalam pada mengesahkan belum menamakan bayi tersebut.

“Lain macam sakit dia walaupun anak keempat.

“Nama belum ada. Ada cadangan?” tulisnya lagi.

Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2012. Mereka dikurniakan empat anak hasil perkongsian hidup selama 10 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya