Twitter Ahli Parlimen Gloucester bertukar bahasa Indonesia, zahir dukacita bencana Semeru - Utusan Malaysia

Twitter Ahli Parlimen Gloucester bertukar bahasa Indonesia, zahir dukacita bencana Semeru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gloucester, United Kingdom, Rochard Graham melahirkan rasa dukacita dengan bencana yang berlaku di Lumajang, Jawa Timur ekoran letusan gunung berapi Semeru.

Dalam tulisannya menggunakan bahasa Indonesia, beliau berkata, pihaknya sudah meminta pemerintah (kerajaan) Inggris (Britain) untuk menawarkan bantuan apapun.

“Saya menyampaikan dukacita yang mendalam atas bencana alam yang menimpa rakyat Indonesia yang terdampak meletusnya Gunung Semeru,” katanya.

Letusan gunung berapi itu sehingga kini mengorbankan satu nyawa manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.

Menurut laporan CNN Indonesia, 10 lagi dilaporkan gagal dikesan ekoran letusan gunung yang menghamburkan debu panas, petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN