TNB bagi rebat 100 peratus one off - Utusan Malaysia

TNB bagi rebat 100 peratus one off

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) melihat perabot dan peralatan rumah penduduk yang rosak akibat ditenggelami air banjir ketika melawat mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Dijangka 72,000 pelanggan domestik yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini bakal menerima rebat 100 peratus secara one off untuk bil Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB)  memberikan rebat 100 peratus itu bagi meringankan beban mangsa banjir.

Katanya, perkara itu adalah lanjutan daripada segala bantuan yang diberikan kerajaan sebelum ini. 

“Saya juga minta TNB untuk bantu kediaman B40 terjejas akibat banjir, agar bekalan elektrik disambung semula. 

“Sejak Jumaat lalu, TNB telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma, apabila rumah ditenggelami air berlaku kerosakan kepada pemilik rumah domestik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada TNB kerana kerana kerja-kerja sukarelawan telah dilakukan di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perodua bersetuju mengenakan upah buruh secara percuma di samping diskaun 50 peratus untuk kos alat ganti.

Justeru, beliau mahu syarikat-syarikat lain untuk mengikuti usaha dilakukan Perodua itu bagi meringankan pemilik kenderaan yang ditenggelami air banjir.

“Saya difahamkan Menteri Kewangan sedang berunding dengan syarikat kereta lain seperti Proton dan sebagainya.

“Saya berharap syarikat lain dapat ikuti Perodua atau memberikan inisiatif yang lebih baik daripada Perodua,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri menambah, bantuan wang ihsan untuk mangsa banjir bukan sahaja melibatkan mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malah merangkumi yang tinggal di rumah keluarga lain.

Beliau meminta mereka yang tidak berpindah ke PPS agar menghubungu Pejabat Daerah atau Ketua Kampung agar mereka juga menerima bantuan.

“Kerajaan sediakan peruntukkan RM100 juta untuk bantuan dan pembaikan rumah, t pastinya tidak cukup, tetapi kita akan tambah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya