Tiga kereta terbakar di kuarters penjawat awam Presint 5 - Utusan Malaysia

Tiga kereta terbakar di kuarters penjawat awam Presint 5

KEADAAN kenderaan yang terbakar di kuarters penjawat awam, Blok E 5R3, Putrajaya. - FOTO BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak tiga buah kereta yang diletakkan di kawasan letak kenderaan di kuarters penjawat awam, Blok E 5R3 di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.24 pagi itu, tiga buah kereta jenis Honda City, Honda BRV dan Perodua MyVi musnah dalam kebakaran itu.

Difahamkan, penduduk mendakwa berlaku satu letupan daripada kereta Honda City yang kemudian mencetuskan kebakaran sebelum api menyambar kereta Honda BRV dan Perodua MyVi yang diletakkan bersebelahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.24 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian pukul 2.45 pagi.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 2.57 pagi dan tiada mangsa dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Sebuah jentera dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini 

Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN