'Terima kasih kerana berbuat baik di sini' - Utusan Malaysia

‘Terima kasih kerana berbuat baik di sini’

USTAZ Ebit Lew ditemani polis Brazil ketika di Rio De Janeiro.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi kemanusiaan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Rio De Janeiro mendapat kerjasama baik polis Brazil.

Menurut Ustaz Ebit Lew, mereka sangat mesra dan baik.

“(Kami) banyak berbual dan bercerita tentang keadaan di Brazil. Mereka siap cakap terima kasih kerana berbuat baik disini. Katanya bila-bila sahaja memerlukan bantuan mereka sedia membantu.

“Di sini kawasan panas. Pavela Rio. Senang berkongsi dan berbual sebab semua orang akan tegur saya dulu. Mereka kata awak orang Islam yang baik. Syukur team kami di Malaysia meneruskan membantu sedikit sebanyak. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN