Terengganu: Mangsa banjir kini 140 orang di tiga daerah - Utusan Malaysia

Terengganu: Mangsa banjir kini 140 orang di tiga daerah

ANTARA haiwan yang terperangkap dalam bencana banjir ketika tinjauan di Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hari ketiga banjir di Terengganu menyaksikan jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 140 orang berbanding 135 orang yang direkodkan petang semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah yang terjejas.

Katanya, seramai 96 mangsa ditempatkan di lima PPS di Setiu diikuti 34 mangsa di Kuala Nerus dan 10 mangsa di Besut. 

“Di Setiu, PPS Balai Raya Kampung Bari Besar ditutup pukul 6.30 petang semalam selepas kira-kira 10 jam beroperasi. 

“Empat PPS yang masih beroperasi di sana ialah Masjid Chalok Kedai, Masjid Gong Terap, Masjid Kampung Merbau Menyusut, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut dan Balairaya Kampung Bukit Mak Som,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut sekretariat itu, PPS di Kuala Nerus bertambah kepada dua iaitu di SK Kompleks Mengabang Telipot dan Surau Mak Jintan manakala di Besut pula mangsa dipindahkan ke SK Kampung Bharu. 

Katanya, keadaan cuaca semasa di Terengganu kini masih hujan di beberapa tempat.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya