Tangguh projek mega, bantu rakyat terkesan banjir - Anwar - Utusan Malaysia

Tangguh projek mega, bantu rakyat terkesan banjir – Anwar

ANWAR Ibrahim melawat dan menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di Kampung Ismail, Ampangan, Seremban. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan perlu menangguhkan semua projek mega yang dilaksanakan ketika ini dan menggunakan peruntukan besar tersebut bagi menampung keperluan rakyat yang terjejas banjir ketika ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kemudahan mangsa banjir namun kerajaan tetap perlu bertanggungjawab meringankan beban dihadapi rakyat.

“Kalau KWSP itu tidak dikatakan perlu, peruntukan kerajaan mesti perlu. Kalau tanya saya sebenarnya, tidak perlu ambil wang daripada KWSP untuk pencarum sebab dia dalam keadaan kesusahan dan simpanan terlalu terbatas.

“Dalam keadaan bencana seperti ini, tanggungjawab kerajaan iaitu meringankan, jadi RM1,000 itu tidak boleh, untuk seminggu dua, makan minum, selesai cuma kemudian selepas dua minggu?

“Tangguh dahulu projek raksasa, ECRL (projek Laluan Rel Pantai Timur), DNB (Digital Nasional Berhad) puluh-puluh bilion, tangguh dan bayar rakyat dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Ismail, Ampangan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan sudah memperuntukkan dana dan bantuan  mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam pada itu berpandangan, kerajaan perlu menyediakan senarai terperinci kerugian dan keperluan yang dihadapi setiap mangsa terjejas banjir dan kemudian menampungnya menerusi peruntukan disediakan.

“Selepas dua minggu buat inventori, apa kerugian, keperluan asas, itu mesti ditampung oleh kerajaan.

“Ada orang perlu RM10,000, ada orang RM6,000, buat inventori yang asas yang diperlukan seorang manusia dan keluarga serta keperluan asas, itu perlu ditampung (oleh kerajaan),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya