Syarikat pembersihan Sungai Klang didakwa tanggung hutang banyak - Utusan Malaysia

Syarikat pembersihan Sungai Klang didakwa tanggung hutang banyak

HILMAN Idham menunjukkan laporan audit yang dikeluarkan MBI di ketika mempersoalkan kemampuan LLSB menjalankan projek kerajaan negeri membersihkan Sungai Klang dalam Sidang DUN di Bangunan Annex di Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor hari ini. - GAMBAR SELANGOR TV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemampuan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB) mengendalikan projek Selangor Maritime Getaway bagi pembersihan Sungai Klang dipertikaikan berikutan syarikat berkenaan didakwa mempunyai hutang sebanyak RM45 juta.

Malah, syarikat berkenaan juga didakwa tidak berupaya membayar hutang itu yang diberikan kerajaan negeri dan pernah didakwa sebagai lemah dalam melaksanakan kerja pembersihan serta mengutip sampah di sungai oleh Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI).

Perkara itu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham yang mendakwa syarikat tersebut berdepan kerugian dalam tempoh tiga tahun berdasarkan rekod daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Menurut laporan audit itu juga, LLSB tidak mampu membayar hutang yang dipinjamnya daripada kerajaan negeri berjumlah RM45 juta.

“Malah mengikut rekod daripada SSM, syarikat ini rugi dianggarkan sekitar RM35 juta hingga RM40 juta dalam tempoh tiga tahun,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Selangor tahun 2022 Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-14 Tahun 2021 di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Lebih menjadi pertikaian, Hilman mendakwa syarikat berkenaan dilihat memberikan bayaran bonus empat bulan gaji kepada kakitangannya yang layak, selain membayar token sebanyak RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah.

Pertanyaan yang dibuat oleh Hilman telah menyebabkan sidang tersebut kecoh lebih 10 minit, yang mana beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pihak kerajaan serta pembangkang bertikam lidah berhubung perkara itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim menjelaskan, semua persoalan yang dikemukan Hilman dijawab LLSB kepada MBI.

“Kami bersedia kepada mana-mana pihak yang curiga berhubung perkara ini, boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegasnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang menerusi Projek Selangor Maritime Getaway berjaya mengeluarkan sungai berkenaan daripada senarai sungai tercemar di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya