SWM bersih 11 kawasan banjir di Melaka - Utusan Malaysia

SWM bersih 11 kawasan banjir di Melaka

SWM Environment melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di 11 kawasan di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah, Melaka. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) giat melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di 11 kawasan di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Pengurus Besar Korporatnya, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, antara kawasan yang terlibat dalam operasi itu ialah Taman Wira Indah, Pekan Lubok China, Taman Seri Bayu 2 dan Balai Polis Lubok China dalam daerah Alor Gajah. 

Katanya, kerja pembersihan di daerah Melaka Tengah pula melibatkan kawasan Kampung Morten, Taman Melaka Baru, Taman Bukit Beruang Bistari, Taman Melawis, Taman Murai Jaya, Taman Angkasa Nuri dan Taman Merdeka Jaya.

“SWM Environment turut menempatkan tong sampah beroda (TSB) di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal untuk memudahkan mangsa banjir melupuskan sampah mereka bagi menjamin kebersihan di kawasan tersebut.

“Operasi bantuan pasca banjir yang dijalankan di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini mengutamakan kerja-kerja kutipan sisa pukal dan pembersihan longkang dengan kekuatan 62 kakitangan bersama 16 aset syarikat iaitu tiga lori roro 16 tan, lima jentera penyembur, lima lori ultra whack dan tiga jentolak,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.