Sultan Nazrin terima serahan zakat perniagaan RM6.42 juta - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin terima serahan zakat perniagaan RM6.42 juta

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menerima serahan zakat perniagaan daripada Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM6,424,999 daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Penyerahan zakat perniagaan itu didahului oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang diwakili Pengerusi Jemaah Pengarahnya, Datuk Zamri Yaakob dengan jumlah RM2,604,885.

Ia diikuti Pharmaniaga Berhad yang diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dengan jumlah zakat perniagaan RM2 juta.

Sementara itu, Bank Rakyat diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan menyerahkan zakat perniagaan RM827,743.

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang diserahkan oleh Ahli Jawatankuasa Syariah BPMB, Dr. Syahnaz Sulaiman berjumlah RM714,942.

Serahan zakat Agrobank Perak diwakili oleh Pengarah Wilayah Agrobank Negeri Perak,  Mohamad Sukri Yusop berjumlah RM277,429.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja,  Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Zainuddin; Ahli Majlis MAIPk, Profesor Datuk Dr. Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN