Sindiket proses ketum didalangi bekas penjawat awam tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket proses ketum didalangi bekas penjawat awam tumpas

AYOB Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar suspek pengedaran dan rampasan air ketum pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Satu sindiket memproses dan menjual air ketum didalangi seorang bekas penjawat awam yang beroperasi sejak awal  2017 dengan mengaut keuntungan antara RM120,000 hingga RM200,000 sebulan ditumpaskan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket itu dibongkar setelah dalangnya yang berusia 35 tahun bersama isterinya, 36 tahun dan dua pekerjanya ditahan dalam serbuan pada 22 Disember lalu.

Katanya, operasi sindiket itu dibongkar selepas pihaknya menahan seorang pemandu lori berusia 42 tahun yang positif dadah dalam satu operasi di Simpang Renggam pada 21 Disember lalu.

“Suspek dipercayai telah selesai melakukan penghantaran melibatkan bekalan daun ketum seberat 700 kilogram. Ekoran penahanan suspek, polis menjalankan satu serbuan pada pukul 2.45 pagi keesokan harinya dan menahan empat suspek terdiri daripada tiga lelaki serta seorang wanita berusia antara 19 tahun hingga 36 tahun.

“Hasil saringan urin yang dijalankan mendapati tiga suspek termasuk dalang sindiket dan isterinya positif, manakala tiga daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, modus operandi digunakan sindiket itu adalah dengan menyewa sebuah kilang dengan bayaran RM1,000 untuk dijadikan tempat membungkus dan memproses ketum.

“Bekalan ketum diperoleh daripada pembekal di utara semenanjung sebelum dihantar menggunakan lori buah-buahan. Harga jualan semasa daun ketum antara RM35 hingga RM80 manakala sebotol air ketum seberat 1.5 liter dijual antara RM13 hingga RM25.

“Wanita yang merupakan isteri dalang sindiket turut bertindak selaku akauntan manakala dua pekerja lelaki yang ditugaskan selaku tukang masak air ketum diberikan gaji antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.