Siasat segera kartel dalam Imigresen, elak imej tercemar - Utusan Malaysia

Siasat segera kartel dalam Imigresen, elak imej tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat berhubung dakwaan kewujudan kartel di pelbagai peringkat pegawai dalam Jabatan Imigresen.

Kesatuan itu turut meminta pihak Jabatan Imigresen sendiri menjalankan siasatan terutama Bahagian Integiriti dan Bahagian Inteligen kerana pendedahan tanpa pembuktian hanya akan mencemarkan imej jabatan itu.

Malah katanya, keadaan itu mungkin akan dimanipulasi pihak-pihak tertentu untuk meraih publisiti dan mensensasikan perkara tersebut sedangkan tiada sebarang bukti kukuh mengenai pendedahan berkenaan.

“KPISM memandang serius mengenai pendedahan ini dan berharap agar ia disiasat segera oleh pihak berwajib.

“Dengan pelaksanaan siasatan segera menunjukkan Jabatan Imigresen bersungguh-sungguh dalam memperkasakan integriti dan kewibawaan jabatan serta membuktikan kesungguhan jabatan dalam bertindak tanpa kompromi terhadap pihak-pihak yang cuba menggugat dan menggadai keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengakui menerima maklumat kononnya wujud kartel di pelbagai peringkat pegawai dalam Jabatan Imigresen yang membolehkan mereka bebas di pejabat jabatan berkenaan, termasuk di pintu masuk lapangan terbang.

Beliau pada masa sama memberi jaminan perkara itu akan disiasat dengan rapi dan telus dengan sindiket berkenaan dikesan menggunakan pegawai-pegawai dalaman dan mereka bukan mahu mengejar kenaikan pangkat, sebaliknya digunakan untuk bekerjasama dengan sindiket-sindiket luar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN