‘Saya kena positif’ - Utusan Malaysia

‘Saya kena positif’

SHAHREL FIKRI MD. FAUZI - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengakui sukar untuk mendapatkan semula sentuhan berbisa, pemain hadapan Selangor, Shahrel Fikri Md. Fauzi bagaimanapun enggan menjadikan alasan tersebut sebagai penghalang untuknya membantu jentera serangan Harimau Malaya.

Penjaring terbanyak tempatan Liga Super 2020 itu berkata, antara punca dia kini ‘tumpul’ disebabkan kurangnya minit permainan sejak mengalami kecederaan pada Mei lalu.

Tambah Shahrel, dia berasa terharu apabila jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tetap menaruh kepercayaan, sekali gus menjadikannya sumber motivasi untuk membuktikan kemampuan.  

“Semua orang tahu saya baru baik daripada kecederaan. Dengan minit permainan yang kurang, saya agak sukar untuk bersaing dengan penyerang lain.

“Bagaimanapun saya perlu positif dengan perkara ini. Memang susah nak dapatkan semula sentuhan seperti dulu,

“Namun saya akan berusaha untuk membuktikannya,” kata Shahrel atau lebih mesra dengan panggilan Eky ketika menjalani sesi latihan bersama Harimau Malaya di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Piala AFF dijadualkan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Laos dan Kemboja.

Malaysia berangkat ke Singapura dengan misi layak ke final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen berdepan Kemboja pada 6 Disember diikuti Laos (9 Dis), Vietnam (12 Dis) dan Indonesia (19 Dis) dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya