fbpx

Sabbaruddin Chik meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik (gambar) meninggal dunia akibat Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin,80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

“Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.

“Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini berada di Sarawak,” kata pegawainya itu.

Pengurusan jenazah dan pengebumian Allahyarham Sabbaruddin dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.

Allahyarham Sabbaruddin dilihat mempunyai hubungan yang akrab dengan Ismail Sabri.

Ismail Sabri menganggap Allahyarham Sabbaruddin sebagai sifu politiknya. Menerusi satu coretan di Facebook tidak lama dahulu, Ismail Sabri berkata tokoh politik veteran itu merupakan mentor politik yang telah mendidik beliau dalam arena politik.- UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI