[PARLIMEN] RUU IPCC dibentang penggal ini - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] RUU IPCC dibentang penggal ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan dibentangkan dalam Parlimen pada penggal ini.

Menjawab persoalan Datuk Seri Salahuddin Ayub [Pulai-PH] dalam sidang Dewan Rakyat hari ini,  Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, kementerian itu akan meneruskan pembentangan RUU tersebut bagi memastikan Polis Diraja Malaysia kekal sebagai organisasi berintergiti.

“RUU IPCC telah dibuat bacaan kali pertama pada 26 Ogos 2020 di Dewan Rakyat.

“Namun bacaan kali kedua yang dijadualkan pada 27 Ogos 2020  ditangguhkan dan akan dibaca dalam sidang Parlimen pada penggal ini,” katanya.

Pada 18 Julai 2019, RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen oleh mantan Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, susulan pertukaran kerajaan pada 1 Mac 2020, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 1 April 2020 bersetuju supaya tanggungjawab RUU IPCMC diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dibentangkan semula di Parlimen setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya