RM38.48 juta bantu rakyat terkesan Covid-19 - Utusan Malaysia

RM38.48 juta bantu rakyat terkesan Covid-19

AZLAN MAN dalam sesi menjawab soalan semasa Sidang DUN Perlis di Kompleks DUN, Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM38.48 juta tahun lalu dan 2021 bagi membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19 di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man memberitahu, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM12.7 juta dibelanjakan pada tahun 2020 dan sehingga November 2021, sebanyak RM25.8 juta dibelanjakan.

Katanya, antara inisiatif yang diambil kerajaan negeri bagi membantu mereka yang terkesan serta perancangan bagi meningkatkan ekonomi rakyat adalah memperkenal polisi Perlis bebas niaga bermula Januari 2021 yang memberi manfaat kepada 480 peniaga.

Selain itu, katanya, insentif secara one off dan peralatan kepada petugas kesihatan serta barisan hadapan sebanyak RM1.46 juta, bantuan makanan asas, susu dan lampin pakai buang kepada semua yang terjejas termasuk penduduk menjalani tempoh kuarantin dengan peruntukan sebanyak RM3.53 juta.

“Selain itu, bantuan kepada pesakit Covid-19 dan ahli keluarga sebanyak RM46,000, subsidi tarif air, bantuan kepada 2,037 pekerja cacat, 870 orang kelainan upaya (OKU) yang tidak berupaya bekerja dan 587 ibu tunggal melalui Jabatan Kebajikan negeri berjumlah RM1.15 juta,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Asrul Nizan Abd. Jalil (PKR- Sena) yang meminta kerajaan negeri menyertakan perincian dan inisiatif yang telah diambil kerajaan negeri membantu golongan terkesan akibat Covid-19 tahun bagi 2020 dan 2021.

Tambah Azlan, pengurangan kadar atau pengecualian sewa gerai permis kerajaan negeri, agensi; Program Perumahan Rakyat (PPR), rumah Rancangan Perumahan Kuala Perlis dan moratorium bayaran sewa beli 305 unit rumah Rancangan Perumahan Awam (RPA) turut dilaksanakan.

 Katanya, kerajaan negeri juga memperkenal program Perlis Pahadol iaitu pemberian bantuan makanan asas, program i-Suri dan bantuan petrol keseluruhan sebanyak RM7.8 juta.

“Kita juga menyalurkan sumbangan alatan pesakit dan kos perjalanan untuk rawatan pesakit kronik sebanyak RM127,000; sumbangan peralatan perniagaan dan pembaikan gerai-gerai IKS (Industri Kecil Sederhana) yang melibatkan seramai 27 peniaga sebanyak RM788,000; program pertanian kebuniti yang memberi manfaat kepada 1,093 petani sebanyak RM660,000.

 “Antara lain yang dilaksanakan program pemasaran, latihan dan ternakan bagi usahawan tani di bawahLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebanyak RM2.26 juta; bantuan dan tuisyen online kepada pelajar sekolah sebanyak RM221,000 dan pengecualian pembayaran balik pinjaman pelajaran di bawah kerajaan negeri dalam tempoh enam bulan selepas PKP 1.0,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya