RM369.5 juta kos baik pulih infra di Selangor - Utusan Malaysia

RM369.5 juta kos baik pulih infra di Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor perlu berbelanja sehingga RM369.5 juta bagi melaksanakan projek pembaikan infrastruktur yang rosak akibat banjir di negeri itu, minggu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah tersebut diperlukan bagi membaiki jalan raya, bangunan dan peralatan kemudahan awam. 

“Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor memerlukan peruntukan segera sebanyak RM142.3 juta. 

“Bagi pembaikan jalan raya, kos membaiki jalan persekutuan berjumlah RM38 juta manakala jalan negeri pula RM63 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini. 

Menurutnya, sebahagian kos pembaikan kerajaan negeri dan pihaknya turut memohon sejumlah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. 

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan punca banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat berpunca daripada kepala air yang terhasil daripada kawasan pergunungan di sekitar taman itu. 

“Taburan hujan luarbiasa yang turun minggu lalu telah menyebabkan berlakunya kepala air di Sungai Lui, Hulu Langat. Apapun, jabatan bertanggungjawab sedang melakukan siasatan berhubung perkara itu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.