'Ramai hidup di jalanan di Sao Paolo' - Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Ramai hidup di jalanan di Sao Paolo’ – Ebit Lew

USTAZ Ebit Lew menyerahkan sumbangan berupa makanan kepada gelandangan di Sao Paolo, Brazil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Awak datang sejauh ini kerana teringat pada kami?’

Demikian coretan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Sao Paolo, Brazil dalam misi kemanusiannya di sana.

Catatan beliau itu merujuk kepada kumpulan gelandangan di bandar itu yang bertanyakan mengenainya yang datang dari Malaysia, semata-mata ingin menyempurnakan misi kemanusiaan  tersebut.

“Kata mereka, semoga tuhan merahmati kamu (saya),” jelas Ebit.

Dalam catatan itu, beliau menziarahi kumpulan gelandangan pada waktu malam, di tengah-tengah bandar besar yang ramai masih tidak mampu meneruskan hidup, khususnya untuk menyewa rumah.

“Jadi ramai hidup di jalanan dengan membuat khemah dari plastik dan tutup-tutup begitu sahaja.

“Walau kali pertama, terasa mesra dan dekat. Senyum-senyum sahaja. Mesra juga mereka walau berbahasa Portugis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya