Pusat ‘refleksologi’ diserbu, sembilan termasuk tujuh GRO ditahan - Utusan Malaysia

Pusat ‘refleksologi’ diserbu, sembilan termasuk tujuh GRO ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan sarang pelacuran yang berselindung di sebalik pusat refleksologi dan rumah pangsapuri persendirian tumpas selepas polis melakukan serbuan ke atas kedua-dua premis di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong, dekat sini, Rabu lalu. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kedua-dua serbuan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul. 

Katanya, serbuan pertama dilakukan pada pukul 3.30 petang manakala serbuan kedua berlaku sekitar pukul 9.45 malam hari yang sama. 

Eng Lai memaklumkan, seramai sembilan individu ditahan termasuk dua lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis. 

“Selain itu, polis  menangkap tujuh wanita warga asing berusia antara 20 hingga 41 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran tersebut. 

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati modus operandi kegiatan ini berselindung di sebalik pusat refleksologi dan rumah pangsapuri persendirian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Eng Lai berkata, siasatan mendapati premis itu baru sahaja beroperasi sejak sebulan lalu.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM900, kondom pelbagai jenama, minyak urut dan minyak pelincir. 

“Kesemua suspek kini ditahan reman tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menyalahguna permit pekerjaan,” jelas beliau.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN