Projek solar buka peluang pekerjaan  - Utusan Malaysia

Projek solar buka peluang pekerjaan 

SAARANI Mohamad menandatangani plak sebagai simbolik perasmian pecah tanah Projek Berskala Besar 50MWac Ranhill Solar I di Ladang Bikam di Bidor dekat Tapah semalam. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Projek Ladang Solar 50MW bagi pembinaan ladang Solar FotoVolta di Ladang Bikam, Bidor dekat sini, mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat apabila siap dalam tempoh 18 bulan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek yang dilaksanakan syarikat penyedia perkhidmatan tenaga solar, Ranhill Solar 1 Sdn. Bhd., anak syarikat milik sepenuhnya Ranhill Utilities Bhd. (RUB), menjadi pemacu kepada penghasilan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

Beliau berkata, pembangunan projek solar itu termasuk kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pembinaan,  pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar berkapasiti 50MWac bagi membekalkan tenaga elektrik selama 21 tahun mulai 2023.

“Projek ladang solar ini berpotensi menyediakan tenaga bersih bagi memberi sokongan kepada perindustrian, pertanian dan memberi manfaat kepada ekonomi yang lebih luas khususnya di Daerah Bidor,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek 50MW Ladang Solar Ladang Bikam di Bidor dekat sini semalam.

Yang hadir sama Presiden Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun.

Menurut Saarani, kerajaan negeri sedia menerokai sumber tenaga boleh diperbaharui menerusi inisiatif solar yang merupakan alternatif kepada tenaga hidro yang menggunakan sungai sebagai sumber utama. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN