PRN Sarawak: Polis buka 46 kertas siasatan, 10 kompaun langgar SOP - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Polis buka 46 kertas siasatan, 10 kompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sebanyak 46 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat 14 Disember lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata, kesalahan itu termasuk salah guna media sosial, kes fitnah, serangan peribadi serta merosakkan poster atau bendera parti lawan. 

“Kita telah membuka 46 kertas siasatan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Katanya, polis turut mengeluarkan 10 kompaun setakat ini ekoran pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang kini bernilai RM35,000.

“Sepanjang tempoh lapan hari berkempen, 10 kompaun berjumlah RM35,000 telah dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar SOP pilihan raya,” katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 2,295 permit kempen kepada calon dan parti yang bertanding dalam tempoh sejak hari penamaan calon pada 6 Disember lalu.

“Kita terpaksa menolak beberapa permohonan untuk mengadakan ceramah atau perhimpunan, kerana lokasinya yang tidak sesuai seperti surau atau masjid. 

“Bagaimanapun, sehingga kini keadaan masih terkawal, dan kita berharap semua pihak dapat mematuhi SOP ditetapkan semasa berkempen,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN