Polis lengkapkan kertas siasatan kanak-kanak mati didera - Utusan Malaysia

Polis lengkapkan kertas siasatan kanak-kanak mati didera

KERATAN akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes dera seorang kanak-kanak lelaki hingga menyebabkan kematian yang disyaki dilakukan ibu kandungnya bersama teman lelaki wanita itu, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, wanita dan lelaki masing-masing berusia 35 dan 32 tahun itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. 

“Mereka direman selama tujuh hari sehingga 10 Disember ini. Selain pasangan kekasih itu, tiada tangkapan lain dibuat. Wanita itu sebelum ini bekerja sebagai tukang cuci di Singapura. Difahamkan, dia sudah beberapa kali berkahwin tetapi tidak mendaftar. Hasil perkahwinan itu, wanita itu mempunyai lapan  cahaya mata,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai didera ibu kandung dan kekasih ibunya sejak Jun lalu di rumah sewa mereka di Taman Nusa Bistari, dekat sini. 

Sementara itu, Ayob Khan berkata, mayat kanak-kanak terbabit masih berada di Unit Forensik HSA dan belum dituntut pihak keluarga.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, dalam kes penemuan mayat kanak-kanak di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee, di sini, semalam, Ayob Khan berkata, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat. Setakat ini tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya dan setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.