PKPD Secara Pentadbiran di KMNS Kuala Pilah ditamatkan - Utusan Malaysia

PKPD Secara Pentadbiran di KMNS Kuala Pilah ditamatkan

PKPD Secara Pentadbiran yang dilaksanakan di KMNS Kuala Pilah sejak 2 Disember lalu ditamatkan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran yang dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), di sini ditamatkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, Kluster Intan Delima 2 yang melibatkan pelajar dan pensyarah institusi pendidikan itu juga, pada hari ini hanya mencatatkan satu kes jangkitan Covid-19.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah mengisytiharkan PKPD Secara Pentadbiran di KMNS ditamatkan semalam selepas ia dilaksanakan sejak 2 Disember lalu.

“Pelajar akan menduduki peperiksaan secara bersemuka mulai hari ni dengan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat. Pihak PKD melaksanakan garis panduan mengenainya sehingga peperiksaan tersebut selesai, insya-Allah jangkitan akan dapat dibendung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini media melaporkan PKPD Secara Pentadbiran dilaksanakan di KMNS di sini bagi memastikan risiko jangkitan Covid-19 terutama kepada masyarakat luar dapat dielakkan.

Tiada pergerakan keluar atau masuk dibenarkan di institusi pendidikan itu sepanjang tempoh PKPD Secara Pentadbiran tersebut.

Sehingga semalam Kluster Intan Delima 2 mencatatkan sebanyak 44 kes kumulatif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN