PKPD Ladang Tembangau 7 ditamatkan - Utusan Malaysia

PKPD Ladang Tembangau 7 ditamatkan

LADANG Tembangau 7 di Pahang muncul sebagai lokaliti tunggal ditamatkan PKPD pada esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah lagi estet pertanian ternama di Pahang bakal ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada esok seperti yang telah dijadualkan sebelumnya.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti itu ialah Ladang Tembangau 7 dalam Daerah Bera yang dikenakan PKPD sejak 21 November.

Menurutnya, penamatan PKPD di lokaliti tunggal itu hasil susulan daripada penilaian risiko dan trend jangkitan wabak Covid-19 di kawasan tersebut oleh pihak Kementerian Kesihatan sendiri.

Berdasarkan pemantauan daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, sejumlah kumulatif tujuh kes positif pandemik tersebut dilaporkan di kawasan itu sejak 13 November lalu.

Kawasan berpenduduk di situ hanya merangkumi sekitar 234 hektar, manakala estet kelapa sawit pula berkeluasan 2,226 hektar dengan pengeluaran hasil 17,672 tan metrik setiap tahun.

Bagaimanapun penularan berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kluster walaupun kawasan berjirannya, iaitu Felda Tembangau 1, 3 dan 6 turut melaporkan jangkitan wabak tersebut.

Penamatan sekatan tersebut diumumkan tidak sampai dua hari selepas dua lagi estet kelapa sawit berbeza di negeri itu turut berakhir PKPD masing-masing secara serentak pada hari ini.

Ia melibatkan Ladang Bukit Puteri di Daerah Lipis yang diuruskan Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. dan Ladang Mengkarak 1 di Daerah Bera yang dimiliki FGV Plantations (M) Sdn. Bhd.

Rodzi namun memaklumkan, tiada kawasan baharu yang bakal dikenakan PKPD selain juga belum ada lokaliti sedia ada akan disambung lagi sekatan secara bersasar itu pada esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya