Pesawah ditemukan meninggal dunia atas batas sawah

Pesawah ditemukan meninggal dunia atas batas sawah

KEADAAN pesawah yang ditemukan meninggal dunia di atas batas sawah berhampiran Tanah Perkuburan Islam Masjid Tinggi di Jalan Banjar, Bagan Serai, Perak, hari ini. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang pesawah ditemukan telah meninggal dunia di atas batas sawah dipercayai akibat serangan jantung berhampiran Tanah Perkuburan Islam Masjid Tinggi di Jalan Banjar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 10.32 pagi.

Menurutnya, pesawah itu, Mohammad Mokhtar, 59, ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan di atas batas sawah.

“Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kuala Gula mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mazuki, tiada kecederaan pada tubuh lelaki itu  atau unsur -unsur jenayah semasa pemeriksaan di tempat kejadian.

Beliau berkata, menurut saksi, sebelum itu, lelaki itu sedang melakukan kerja menyembur racun di sawah yang diusahakannya.

“Setelah selesai menyembur racun, lelaki itu dilihat tidak bermaya lalu berbaring di atas batas sawah dan tidak sedarkan diri. Saksi menghubungi polis dan petugas kesihatan kemudiannya mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Mazuki, si mati mempunyai rekod kesihatan iaitu menghidap penyakit jantung dan sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Parit Buntar.

Katanya, kali terakhir lelaki itu mendapat rawatan penyakitnya pada bulan lalu.

“Punca kematian dipercayai akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya