Pesakit Covid-19 di ICU meningkat lebih 400 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 di ICU meningkat lebih 400 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 400 kes iaitu 407 orang berbanding semalam, 396 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes memerlukan alat bantuan pernafasan pula turut meningkat iaitu 216 kes berbanding semalam, 211 kes.

Bagi kes positif hari ini, ia turut menunjukkan penurunan iaitu 3,490 kes berbanding semalam, 4,626 kes sekali gus diatasi jumlah pesakit yang sembuh pula, 5,399 kes.

“Sebanyak dua kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,037 kluster dengan 243 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,794 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada 3,490 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 69 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 3,421 kes (98.0 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 31 kes berbanding kelmarin, 44 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,862 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak tujuh daripada 31 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,243 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN