Peniaga wanita rugi RM200,000 terpedaya pinjaman tidak wujud - Utusan Malaysia

Peniaga wanita rugi RM200,000 terpedaya pinjaman tidak wujud

pelajar
HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang wanita yang juga peniaga menanggung kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya berkali-kali dengan penipuan tawaran pinjaman wang tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa merupakan seorang wanita berusia 52 tahun pada mulanya telah membuat laporan polis pada 23 Jun tahun lalu berkaitan urusan permohonan pinjaman wang sebanyak RM250,000 yang dilakukannya secara dalam talian. 

Kata beliau, pengadu telah melakukan bayaran sebanyak RM80,454 bagi tujuan kelulusan pinjaman tersebut dan  berasa ditipu selepas tidak mendapat apa-apa pinjaman wang tersebut.

“Pada bulan Julai tahun lepas, pengadu telah dihubungi oleh individu sama semasa urusan pinjaman wang berkenaan yang memaklumkan pengadu perlu membuat pembayaran pembatalan jika tidak mahu meneruskan pinjaman wang yang dimohon itu.

“Pengadu telah membuat bayaran bagi proses pembatalan pinjaman bermula dari bulan Ogos tahun 2020 sehingga bulan Disember tahun ini dengan jumlah bayaran yang dibuat adalah sebanyak RM226,314.50 ke beberapa buah akaun.

“Individu terbabit menjanjikan setelah selesai proses pembatalan ini kesemua duit pengadu akan dipulangkan semula dan pengadu telah mengikuti segala langkah bayaran namun sehingga ke hari ini wang yang dijanjikan tidak dipulangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Individu terbabit, sekali lagi cuba meyakinkan pengadu untuk membuat bayaran terakhir sebanyak RM4,500 dan pengadu tidak melakukan bayaran tersebut dan telah membuat laporan polis kerana berasa telah tertipu.

Menurut Chang Hook, semakan melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS) mendapati akaun-akaun berkenaan telah mempunyai rekod jenayahpenipuan sejak bulan Ogos 2020 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya