Pemandu lori tangki guna lorong kecemasan serah diri - Utusan Malaysia

Pemandu lori tangki guna lorong kecemasan serah diri

PEMANDU lori tangki yang memandu menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan telah menyerah di Balai Trafik Port Dickson petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pemandu lori tangki yang dikesan memandu menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan dalam sebuah video yang tular di Facebook telah menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port  Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu berusia 34 tahun itu telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pada pukul 2.45 petang.

“Lelaki berkenaan hadir setelah video rakaman beliau memandu di lorong kecemasan telah ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular video berdurasi 16 saat di Facebook memaparkan sebuah lori tangki memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan dan kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 hingga 4 petang, Sabtu lalu di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban Port Dickson.

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, sembilan pemilik kenderaan yang turut dikesan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan masih belum tampil menyerah diri selepas video berdurasi 43 saat tular.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kejadian yang berlaku antara pukul 2 hingga 3 petang, Ahad lalu menunjukkan pergerakan kenderaan, semasa itu dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Siasatan dijalankan  di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya