Pegawai SPRM ditahan disyaki terlibat kes jenayah - Utusan Malaysia

Pegawai SPRM ditahan disyaki terlibat kes jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah, baru-baru ini. 

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, kerjasama penuh kepada polis diberikan suruhanjaya itu bagi mengesan pegawai berkenaan.

“Kita telah serahkan pegawai berkenaan kepada agensi penguat kuasa terlibat lewat petang semalam,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM menegaskan, pihaknya sama sekali tidak melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan perlakuan jenayah.

“Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tatatertib dengan hukuman buang kerja dikenakan sekiranya didapati bersalah,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN