Pasangan suami isteri maut kemalangan selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri maut kemalangan selamat dikebumi

MUHAMMAD Afiq Muhammad Anas dan adiknya, Siti Nur Alya Adriana berada di sisi kubur ibu bapa mereka, Muhammad Anas Awang serta Siti Hafissah Zamri yang selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Bakong, Kuala Ketil, Baling malam ini. - UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Jenazah pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 181 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Bagan Serai, Perak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Bakong, Kuala Ketil di sini malam ini.

Jenazah anggota Tentera Darat (TDM), Muhammad Anas Awang, 32, dan isterinya, Siti Hafissah Zamri, 34, yang dibawa dari Hospital Bagan Serai tiba di Masjid An Nurul Huda di sini pada pukul 9.40 malam untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di dalam satu liang lahad di tanah perkuhuran itu.

Urusan pengebumian Allahyarham Muhammad Anas dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan selesai kira-kira selesai kira-kira 40 minit kemudian.

Urusan pengebumian dilakukan oleh anggota Markas 2 Divisyen Kem Tun Razak, Pulau Pinang.

Majlis pengebumian pasangan suami isteri itu dihadiri oleh dua orang anak mereka, Muhammad Afiq, 8, dan Siti Nur Alya Adriana, 6, ahli keluarga, sanak-saudara, penduduk kampung dan rakan-rakan anggota tentera itu.

Pasangan suami isteri itu maut manakala dua orang anak mereka menjadi yatim piatu setelah kereta jenis Mazda RX8 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 181 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bagan Serai pada pukul 3.30 petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN