[PARLIMEN] SidangDewan Rakyat tidak akan dilanjutkan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] SidangDewan Rakyat tidak akan dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 tidak akan ditangguhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelasnya, persidangan kali ini tetap akan berakhir pada 16 Disember walaupun peringkat awalnya terdapat petunjuk awal ia mungkin dilanjutkan selama dua hari.

Pertimbangan itu kata Wan Junaidi, mengambil kira kebanyakan menteri, ahli Parlimen serta pegawai kerajaan telah membuat perancangan untuk cuti akhir tahun mereka.

“Ini termasuk pembentangan rang undang-undang untuk meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Junaidi, persidangan semasa akan memberi tumpuan kepada tujuh rang undang-undang iaitu Bajet 2022 serta pindaan beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun saya faham ramai dalam kalangan kita yang sudah pun dalam mood bercuti, saya ingin mendapatkan kerjasama daripada rakan-rakan ahli Parlimen untuk menghadiri sesi Parlimen kerana kita akan mengundi untuk beberapa rang undang-undang penting,” katanya.

Wan Junaidi berkata, sembilan rang undang-undang dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, dijadual bermula pada 28 Februari tahun depan.

Beliau berkata, antara rang undang-undang itu ialah mengenai pembaharuan Parlimen, yang dijadual dibentangkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada pertengahan Januari tahun depan dan dibentangkan di Parlimen pada Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN