fbpx

28 Januari 2022, 7:17 pm

  TERKINI

[PARLIMEN] Ramai terlibat sindiket pemalsuan kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sindiket pemalsuan kad pengenalan semakin meruncingkan apabila statistik menunjukkan trend peningkatan dalam mengenal pasti individu yang terlibat dengan sindiket tersebut.

Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) berkata, perincian kad pengenalan ataupun MyKad perlu dipertingkatkan bagi menjaga keselamatan identiti rakyat Malaysia.

“Statistik sejak 2019 menunjukkan hampir 200 individu terlibat dalam sindiket jenayah pemalsuan kad pengenalan.

“Adakah kerajaan mempunyai perancangan strategik jangka panjang bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara ini khususnya menghapuskan sindiket pemalsuan kad pengenalan daripada terus berleluasa dan mengesan kesemua mereka yang mendapat kad pengenalan palsu ini?” Soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam sesi itu juga, Che Abdullah turut minta kerajaan untuk menjelaskan jika ada perancangan untuk menaik taraf MyKad dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih bagi mengelak jenayah pemalsuan ini berterusan.

“Saya tertarik dan menyokong cadangan supaya ada jawatankuasa siasatan khusus atau penubuhan suruhanjaya siasatan diraja bagi mengatasi isu ini secara menyeluruh memandangkan ia telah berlanjutan sejak sekian lama,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI