KUALA LUMPUR: Tiada sebarang keistimewaan untuk menjenamakan Sabah dan Sarawak sebagai Tanah Besar Malaysia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, kerajaan berpandangan istilah sedia ada dalam undang-undang iaitu Malaysia Timur adalah memadai.
Malah jelasnya, berdasarkan semakan undang-undang yang dibuat Jabatan Peguam Negara, istilah Tanah Besar Malaysia tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.
“Penjenamaan itu tidak membawa apa-apa, kerana ia hanya bagi easy reference, tidak menambah atau menolak apa-apa keistimewaan kepada mana-mana negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) meminta kerajaan menjelaskan sama ada ingin mengkaji untuk menjenamakan Sabah dan Sarawak sebagai Tanah Besar Malaysia memandangkan Federation of Malaya sudah sekian lama dinamakan sebagai Semenanjung Malaysia.










