(PARLIMEN) Lantikan anak Shahrizat terus dipertikai - Utusan Malaysia

(PARLIMEN) Lantikan anak Shahrizat terus dipertikai

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelantikan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sepatutnya tidak menjadi isu kerana lantikan tersebut adalah berdasarkan merit.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, Wan Izzana Fatimah Zabedah layak berikutan pengalamannya selain mempunyai kelulusan akademik luar negara.

“Pelantikan ini dibuat Kementerian Kewangan dan KKMM menyambut baik pelantikan tersebut. Pelantikan ini adalah berdasarkan merit seseorang yang dilantik. Beliau adalah wanita muda yang berkelulusan tinggi, graduan daripada Imperial College Business School dan Universiti Harvard serta mempunyai trek rekod yang tersendiri.

“Beliau ketika ini dikaitkan dengan masalah yang dihadapi keluarganya. Saya rasa kita perlu bersikap adil. Kalau ibu bapa mengalami masalah, kita tidak mahu anak-anak kita dikenakan gangguan.
Pelantikan beliau adalah berdasarkan merit dan beliau sepatutnya diberikan peluang. Jawatan beliau adalah jawatan bukan eksekutif, jadi kementerian berkeyakinan beliau boleh memberikan sumbangan dan membawa suara wanita muda MDEC,” katanya ketika menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa itu di Dewan Rakyat hari ini.

Wan Izzana Fatimah Zabedah adalah anak perempuan kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Pembangunan Keluarga, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang bekas Ketua Wanita UMNO.

Walaupun begitu, Kasthuriraani Patto [Batu Kawan-DAP] berkata, Wan Izzana Fatimah Zabedah yang juga  pengarah di Talent Corp dan ahli panel pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) wajar digantikan dengan wanita lain yang lebih berkelayakan.

“Saya rasa dengan dua tanggungjawab yang berat ini, mampukah beliau menggalas tanggungjawab di MDEC walhal di luar sana ada graduan bukan sahaja daripada Harvard tetapi juga dari universiti tempatan yang pada saya lebih layak daripada wanita ini.

“Saya harap dengan beliau memegang jawatan di dua entiti yang lain, menteri boleh cadangkan semula kepada kementerian kewangan berbanding individu ini,” katanya.

Annuar kemudian berkata beliau mengharapkan Kasthuriraani untuk mengangkat kedudukan dan membela wanita berbanding mempertikai perkara itu.

Membalas kenyataan itu, Kasthuriraani berkata,  lantikan Wan Izzana Fatimah Zabedah telah menyebabkan wanita lain kehilangan peluang.

“Ini bukan isu wanita, tetapi ini isu kelayakan. Beliau menghindari wanita lain untuk mendapat tempat di MDEC,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.