[PARLIMEN] Kerajaan perlu wujud perjawatan khas, kurangkan bebanan guru - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan perlu wujud perjawatan khas, kurangkan bebanan guru

SEORANG guru memeriksa suhu pelajar yang memulakan sesi persekolahan secara bersemuka  di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, Langkawi. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi mengurangkan beban guru-guru yang kini terpaksa membuat kerja selain daripada tugas hakiki, Kementerian Pendidikan perlu mempertimbangkan langkah mewujudkan perjawatan khas khususnya bagi tugas warden di asrama.

Menurut bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, ia bertujuan supaya para guru dapat memberi fokus kepada tugasan sebenar untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Kenyataan beliau itu susulan rintihan guru yang didengari memandangkan elaun bulanan yang diterima hanyalah RM240 sebulan, sekali gus tidak berbaloi dengan memerlukan mereka bertugas selama 24 jam sehari.

“Saya ingin menyahut apa yang dikatakan mengenai jawatan warden. Keluhan guru secara langsung kepada saya melalui media sosial dan juga apa yang disebut NUTP baru-baru ini.

“Saya sokong penuh mewakili guru, membawa suara guru, menyokong cadangan NUTP bahawa jawatan warden perlu diwujudkan dan dilantik kepada jawatan khas bukan diambil daripada guru yang sibuk mengajar di waktu sidang yang diberi elaun serendah RM240 semata-mata kerja 24 jam,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Bajet) 2022 peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Pendidikan, hari ini.

Dalam masa yang sama, Maszlee berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mempertimbangkan cadangan tersebut susulan kejadian buli terbaharu yang berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak baru-baru ini.

“Tolong bantu guru yang semakin hari semakin dibebani dengan kerja perekodan, kerja pengkeranian pelbagai, malah baru-baru ini soalan hampir sama, apakah usaha untuk membantu guru yang ‘burn out‘ (lesu upaya),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN