(PARLIMEN) Industri sawit rugi RM14 bilion setiap tahun? - Utusan Malaysia

(PARLIMEN) Industri sawit rugi RM14 bilion setiap tahun?

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Industri sawit negara kerugian besar berikutan kekurangan tenaga pekerja untuk menyumbang pada pengeluaran industri itu.

Nga Kor Ming (Teluk Intan-PH) berkata, perkara itu memerlukan tindakan segera daripada kerajaan untuk diselesaikan.

“Saya berasa sangat terkejut apabila dimaklumkan akibat daripada kekurangan guna tenaga, industri sawit negara mengalami keruggian sebanyak RM14 bilion satu tahun. Ini satu jumlah kehilangan cukup besar.

“Saya nak tanya bilakah guna tenaga yang dijanji sejak tahun lepas iaitu 25,471 pekerja dapat masuk dan terus menyumbang supaya kerugian ini tidak berterusan sehingga industri sawit kita terjejas dengan teruk?” soalnya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Kor Ming turut meminta jawapan  daripada Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng mengenai pembuatan baja kimia sendiri bagi menjimatkan kos para petani dan peladang.

“Tahun ini dijangka Malaysia terpaksa mengimport 15 hingga 18 bilion baja kimia dari luar negara. Negara kita mempunyai tanah subur, teknologi pun ada serta kementerian yang bijaksana kononnya ada untuk hasilkan baja kimia sendiri. Maka, adakah kementerian mempunyai pelan supaya negara kita tidak bergantung sepenuhnya pada baja kimia yang diimport dari negara asing?” soalnya dalam sesi perbahasan itu.

Jeck Seng kemudian menjelaskan perkara itu perlu dibincangkan dengan kementerian lain untuk diselesaikan memandangkan ia bukanlah bidang kuasa kementerian beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya