Notis merah Nicky Liow, Jho Low untuk tatapan penguat kuasa - Utusan Malaysia

Notis merah Nicky Liow, Jho Low untuk tatapan penguat kuasa

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah memperoleh notis merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan Low Taek Jho atau Jho Low daripada Polis Antarabangsa (Interpol).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ada dua kategori notis merah dikeluarkan Interpol, iaitu kategori boleh dipaparkan untuk makluman awam dan satu kategori lagi dihadkan akses kepada agensi penguat kuasa sahaja.

Kata beliau, notis merah Jho Low dikeluarkan pada 11 Jun 2018 manakala notis bagi Nicky Liow pada 20 April tahun ini.

“Ibu pejabat Interpol adalah pihak yang akan menentukan sama ada notis dikeluarkan bagi paparan umum atau tatapan agensi penguat kuasa sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, kedua-dua notis merah yang dikeluarkan ke atas Jho Low dan Nicky Liow adalah untuk tatapan agensi penguat kuasa.

“Bagaimanapun, PDRM kekal komited dalam usaha memastikan kedua-dua penama berkenaan ditahan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN