Nanda Ketua Polis Daerah Seremban baharu - Utusan Malaysia

Nanda Ketua Polis Daerah Seremban baharu

NANDA Maarof (kanan) dan Mohd. Said (kiri) pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Seremban sambil diperhatikan Mohamad di IPD Seremban, hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Asisten Komisioner Nanda Maarof yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Arau, Perlis dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seremban yang baharu, berkuat kuasa hari ini. 

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim yang dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dan dinaikkan pangkat Senior Asisten Komisioner.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop di sini hari ini.

Nanda berharap dapat menjalankan tugas dengan baik bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta meneruskan kepemimpinan terdahulu. 

Beliau yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan sebelum ini bertugas selama enam tahun sebagai Ketua Polis Daerah Arau dan  memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya