Nak juga merasa setaraf kumpulan terbaik di MLM - Bell Ngasri - Utusan Malaysia

Nak juga merasa setaraf kumpulan terbaik di MLM – Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mengundang rasa sebak penonton menerusi sebaris ayat yang diucapkannya pada pementasan Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu lalu, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri, 41, melahirkan rasa terharu dengan kata-kata semangat yang diterima.

Menurut Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, dia juga tidak menyangka sekitar minggu ini ramai yang masih terkesan dengan ayat yang dilontarkannya pada pementasan MLM, Jumaat lalu.

“Minggu ini minggu yang penuh dengan cerita pasal saya dan tak lupa kumpulan Tobat. Apa pun, terima kasih kepada semua pihak media yang sudi berkongsi cerita kami dengan masyarakat.

“Ada pula yang sekarang ini, tengok kembali pementasan-pementasan sketch terdahulu kami di beberapa minggu sebelumnya yang agak sendu dari segi peminatnya.

“Tak apalah, nak buat macam mana ya. Apa pun, saya tak lupa jasa sahabat saya, Ajak Shiro, Ropie dan tak dilupakan Shuk Sahar yang saya percaya sentiasa bersama-sama dalam MLM2021,”katanya.

Bell berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Instagramnya semalam.

Terdahulu, pada minggu kelapan MLM2021, Bell menerusi segmen pertama pertandingan dengan tema Majlis Keraian telah melontarkan dialog berbunyi ‘Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun’.

Selain itu, satu lagi dialog Bell yang turut menyentuh hati banyak pihak ialah apabila dia menyebut ‘Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali tersingkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi’.

Dalam pada itu, pelakon ini turut meletakkan harapan agar pengikut dan peminat terus hadir dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya dan kumpulan Tobat yang menyertai pertandingan tersebut.

“Saya harap adalah yang suka dan minat dan paling penting, naklah mengundi kami. Kumpulan ini kerdil macam saya juga. Tapi naklah juga merasa setaraf dengan kumpulan-kumpulan terbaik yang ada di pentas MLM ini.

“Apa pun, kepada semua, terima kasih daun keladi,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya