Najib kecewa beliau dikata memalukan negara - Utusan Malaysia

Najib kecewa beliau dikata memalukan negara

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mendakwa beliau sebagai memalukan negara.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau banyak memberi sumbangan termasuk meningkatkan kekayaan dan hasil negara sepanjang dalam perkhidmatannya sebelum ini.

“Saya berjaya meningkatkan hasil dan kekayaan negara sehingga RM2 trilion sepanjang perkhidmatan saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas keputusan rayuan diumumkan hari ini.

Sebelum itu, Hakim Abdul Karim dilaporkan berkata, kesalahan yang dilakukan Najib itu bukan kepentingan nasional, sebaliknya adalah memalukan negara.

KETUA Pendakwaraya, Datuk V. Sithambaram (kiri) dan pasukannya semasa tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Rayuan Putrajaya hari ini berikutan keputusan rayuan Najib. – UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA

Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan Najib.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Dalam penghakiman yang dibacakan, mahkamah antara lain menyatakan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang mengemukakan permohonan agar hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan kerana mereka ingin mengemukakan rayuan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya