Murid tahun lima patah gigi dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Murid tahun lima patah gigi dirempuh kereta

ARISSA Ajwa Mohd. Ramedy dikejarkan ke Zon Kuning Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selepas dirempuh sebuah kereta ketika berbasikal pulang ke rumah dari sekolah di Jalan Desa Molek, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang murid tahun lima cedera termasuk luka di dagu dan patah gigi selepas dirempuh sebuah kereta ketika berbasikal pulang ke rumah dari sekolahnya di Jalan Desa Molek di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, Arissa Ajwa Mohd. Ramedy, 11, dibawa ke zon kuning Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila murid darjah lima itu berbasikal dari sekolah pulang ke rumahnya di Jalan Desa Molek. 

“Setibanya di lokasi, mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Axia datang dari arah kiri jalan membelok ke kanan. Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan termasuk luka di dagu dan patah gigi,” katanya.

Dalam pada itu, Hasan berkata, polis telah menahan pemandu berusia 33 tahun untuk diambil keterangan. 

“Siasatan masih diteruskan, namun setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya